Kehidupan yang berkah adalah kehidupan yang sentiasa berada dalam garis dan ketentuan Allah s.w.t. Suatu kehidupan yang mampu memberikan kekuatan kepada manusia untuk dapat memecahkan setiap persoalan yang datang menimpa. Keberkahan hidup juga tercermin dari perilaku manusia yang hanya mahu berusaha mencari rezeki yang halal, yang akan terdampak pada perilaku terpuji dalam kehidupan sehari-hari.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika umatku terlalu mengagung-agungkan dunia, maka kehebatan Islam akan diangkat daripada umatku. Dan jika mereka meninggalkan amar makruf nahi munkar, maka keberkatan wahyu akan terhalang.” (Riwayat Abu Daud)
Hadis diatas menyatakan bahawa keberkahan inilah yang amat sukar diraih oleh rakyat dan bangsa ini. Padahal bumi Malaysia adalah bumi yang sangat kaya raya, namun mengapa sesetengah rakyat masih berada dalam keadaan kemiskinan.
Sehubungan itu, paling tidak ada dua alasan utama yang menyebabkan keberkahan hidup itu hilang atau telah diangkat oleh Allah s.w.t.:

Pertama, jika umat manusia telah menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya, tanpa mempedulikan apakah cara yang ditempuhnya benar atau salah dalam pandangan Islam, maka keberkahan itu akan menjauhinya. Misalnya, banyak orang berlumba-luma mengejar jawatan dan pangkat tanpa menghiraukan apakah jalan yang dipilihnya itu sesuai dengan prosuder ataupun tidak. Akhirnya, jawatan itu diraihnya dengan segala cara dan digunakan untuk memperkaya diri sendiri serta dipertahankan secara membabi buta.
Kedua, umat Islam telah meninggalkan kegiatan amar makruf nahi munkar. Betapa banyak orang yang mengaku beragama Islam tetapi perilakunya menunjukkan hal yang sebaliknya. Ketika al-Quran mewajibkan setiap wanita menutup aurat, misalnya, maka dia menjadi orang yang menentangnya kerana dianggapnya sebagai budaya Arab semata-mata dan tidak sesuai dengan budaya kita.

Leave a Reply